Wednesday, February 18, 2009

Siapa Tingkat 4?


Menurut Malaysia-Today, budak-budak Tingkat Empat adalah seperti berikut; "the ‘Level Four Boys’ is a term first introduced by the Former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad in his speech dedicated to criticize PM ‘Flip-Flop’ Abdullah and his administration at a closed-door event. The event was organized by Malaysia-Today at Century Paradise Club, Taman Melawati, Ulu Kelang on 22 June 2006. It was in reference to the ‘inner circle’, comprising of his son, Dato’ Kamaluddin Abdullah, son-in-law Khairy Jamaluddin and close personal aides such as Dato’ Ahmad Zaki Zahid, Dato’ Kamal Khalid, Dato’ Dr. Vincent Lim Kian Tick, Dato’ Wan Farid and a few others".

Dari segi pengaruh pula, dikatakan, "many speculate the overwhelming ‘influence’ these thirty-something gentlemen possess. With top British university education and grossly lack of experience and exposure (especially macro-management), they are often coyly referred to as, “Budak tak kerin’ idun” (wet behind the ears) by Tun Dr. Mahathir. Somehow, the real far-reaching effects these young men have on the decisions by PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, is really both strategically and tactically damaging. It was Dr. Vincent Lim and Zaki Zahid who influenced PM ‘Flip-Flop’ Abdullah on the decision to cancel the “Scenic bridge-replacing the Johor Causeway” in March 2006. Then, these duo, also concocted the blue-print of the mega project South Johor Economic Region (SJER). It has since been renamed twice, as Iskandar Development Region in November 2006, and last week, Iskandar Malaysia. It is deemed that Iskandar Malaysia is a comprehensive development program to benefit Singapore strategically, allowing contraband from nations such as Israel, to be channeled into this region of 240 million Muslims, via Johor Bahru."

Berita yang hangat disebarkan di dalam kalangan masyarakat adalah Tingkat Empat ini terdiri daripada dua unit, pertama; Unit Dasar dan kedua, Unit Komunikasi. Ketua Unit Dasar dahulunya diketuai oleh Khairy Jamaluddin. Selepas KJ meletakkan jawatannya, unit tersebut diketuai oleh Zaki Zahid. Dalam unit dasar ini, terdapat 6 atau 7 lagi pegawai khas yang menjaga bidang-bidang tertentu. Hampir kesemuanya adalah lulusan luar negara yang tidak mempunyai penglibatan politik dan mempunyai idealisme keterbukaan seperti yang diimani oleh Barat. Jika ada pun yang berkelulusan dalam negara dan terlibat dalam politik dalam negara, dia adalah Amyzadin. Unit Komunikasi pula di ketuai oleh Kamal Khalid dan disokong oleh Kalimullah .


Apa masalah Tingkat 4 ini sebenarnya? Kenapa Tun M begitu marah terhadap mereka? Dari pembacaan saya, ini adalah sebab-sebab yang menyebabkan Tun M marah.


1. Polisi yang dianggap tidak mantap dan setengah masak yang tidak menguntungkan UMNO, orang Melayu, BN dan rakyat Malaysia.


2. Pendekatan pelaksanaan projek di dalam negara yang tidak mengukuhkan ekonomi dan menguntungkan golongan peniaga


3. Pengumuman projek-projek baru yang dibuat tanpa bersandarkan bajet dan aliran tunai dalam negara


4. Pengagihan projek yang menguntungkan sebilangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang rapat sahaja.


5. Terlibat dalam mempengaruhi keputusan Pak Lah, sehingga ke tahap pemilihan calon, kenaikan pangkat pegawai kanan kerajaan


6. Walaupun Tingkat 4 mahu menunjukkan mereka menjuarai isu ketelusan, keterbukaan dan semangat bermesyuarah, tetapi dalam isu menentukan dasar malah manifesto pilihan raya, tiada perbincangan dibuat. Begitu juga dalam hal pengagihan projek tertentu, keputusan dibuat secara senyap dan secara rundingan terus yang meragukan.


Jika kepimpinan Pak Lah begitu lemah, maka yang memerintah negara dalam tempoh 4 tahun ini adalah KJ, Zaki dan rakan-rakan. Jadi adakah kita mahu mereka diberi jawatan dalam Pemuda jika kita sudah tahu kerosakan yang telah disebabkan oleh mereka?

Tingkat Empat yang tidak pernah puas

TINGKAT EMPAT
By
Dr. Mahathir Mohamad on February 16, 2009 7:34 PM Comments (273) TrackBacks (0)

1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.
2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.
3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.
4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?
5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.
6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.
7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.
8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?
9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.
10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.
11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.
12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.
13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.
14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.
15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya