Hairan, sungguh hairan, sewaktu Datuk Seri Najib mengarahkan agar UMNO segera berubah, ataupun ia akan rebah. Pemimpin seperti Nazri Aziz pula tidak berubah-ubah. Nazri adalah satu bukti pemimpin UMNO yang rendah tahap disiplinnya. Dalam wawancaranya pula, dia menjilat Abdullah Badawi yang terbukti gagal mentadbir UMNO dan negara. Zaman `TIDUR' pemimpin UMNO dan BN, hendak dibandingkan dengan zaman kegemilangan UMNO di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad? Sedarlah Nazri, di zaman TIDUR Pak Lah ini, bukan saja orang di luar UMNO meluat dengan Pak Lah anak beranak dan kroni-kroninya seperti Kalimullah, Patrick dan Tony Fernandez, orang-orang UMNO sendiri juga menyampah dengan mereka. Hanya pemuda-pemuda UMNO di Kelantan, Johor dan Wilayah Persekutuan sahaja yang bodoh dan buta untuk menyedari sejauh mana negara telah dirosakkan oleh Pak Lah, anak beranak dan juak-juaknya.
Eloklah Nazri letak jawatan atau Datuk Seri Najib, tolonglah singkirkan dia dari Kabinet.
KJ pula masih melalut tidak tentu arah. Dia masih sempat bergambar untuk majalah Bazaar, sedangkan exco Pemuda UMNO di bawahnya tidak dibantu untuk melaksanakan tanggung jawab mereka. Harta kekayaan yang dibolot di zaman Pak Lah berkuasa, tidak digunakan untuk parti, sebaliknya KJ terus berpura-pura meminta simpati, kononnya tanpa jawatan menteri dia tidak boleh membantu Pemuda. Sedarlah Datuk Seri Najib, dengan jawatan Menteri, lebih banyak lah kekayaan negara akan dibolot oleh budak muda ini. Adakah dia akan membantu Pergerakan Pemuda? Belum tentu lagi. Kalau di negeri dia hanya melantik orang-orangnya memegang jawatan, maka jangan haraplah dia akan membantu Pergerakan pemuda jika diberi jawatan Menteri, sebaliknya dia hanya akan membantu juak-juaknya saja.
Hairan juga, bila DAP dan PKR memainkan isu Ketuanan Melayu, isu BTN di manipulasikan pembangkang, di mana kenyataan KJ? TIDUR macam Pak Lah? Ketua Pemuda tidur dan penakut, inikah yang nak dijadikan Menteri oleh Pemuda? Memalukan.
-
No comments:
Post a Comment