Tuesday, January 27, 2009

Rasuah Politik? Hentikan UMNO `bashing' wahai Pak Lah


Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras politik wang atau rasuah politik di dalam UMNO tidak disambut baik oleh majoriti ahli UMNO. Kebanyakan mereka menyatakan sudah cukup UMNO mempunyai Lembaga Disiplin parti untuk menentukan kesalahan ahli-ahli parti.(walaupun dalam kes Datuk Ahmad Zaki, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya, beliau dilepaskan dengan amaran biarpun didapati bersalah.)

Ada beberapa keluhan ahli UMNO ketika ini yang rata-rata marahkan Pak Lah. Mereka mahu UMNO bashing dihentikan serta merta. Melihat pemimpin UMNO digari dan dibicarakan oleh media sebelum keputusan mahkamah cukup memalukan. Dalam keadaan UMNO lemah, tindakan SPRM dan media bukan sahaja memberi lebih peluru kepada pembangkang tetapi semakin melemahkan UMNO dan merosakkan persepsi golongan muda serta masyarakat terhadap UMNO.

Butakah Pak Lah? Butakah Najib?

Sudahlah pemimpin UMNO yang ingin menawarkan diri disekat dari berkempen dengan pelbagai peraturan yang ketat dan tidak munasabah di dalam kod etika parti, keprihatinan calon terhadap perwakilan dalam menjalankan kempen juga disekat dan dihalang.

Bagaimanakah calon hendak memeperkenalkan diri jika mereka disekat dari berkempen? Bagaimanakah lagi cara mereka hendak melatih diri berkempen menentang pembangkang jika mereka tidak didedahkan sekarang?
Sekiranya mereka hendak berjumpa perwakilan, salahkah mereka bersifat prihatin dengan membelanja perwakilan makan dan memberi sedikit duit minyak? SEDIKIT - boleh didefinisi dan ditentukan oleh Lembaga Disiplin parti.

Jika seorang calon hendak berjumpa perwakilan negeri Johor di Johor Baharu, tidakkah beliau sepatutnya prihatin dengan kesulitan para perwakilan yang perlu datang untuk menemui beliau dari bahagian-bahagian yang jauh dari Johor Baharu? Salahkah penat lelah perwakilan dilegakan dengan makanan dan minuman? Apa beza amalan memberi duit minyak kepada ahli yang datang dari jauh semata-mata ingin menghadiri program yang dihadiri atau dirasmikan oleh Pak Lah dan Datuk Najib sendiri?

Jika sebelum terpilih calon tidak prihatin kepada kesulitan dan penat lelah perwakilan, calon ini bukan seorang pemimpin prihatin yang mungkin tidak seharusnya kita pertimbangkan. Lainlah kalau apabila calon berjumpa perwakilan di Shah Alam, tetapi memberi sehingga RM 500 kepada perwakilan Bahagian Shah Alam yang tinggal berhampiran. Ini RASUAH.
Tulisan ini bukan untuk menghalalkan rasuah politik, tetapi lebih untuk menyelamatkan imej parti. Janganlah kita menafikan hakikat bahawa dalam keadaan UMNO yang lemah ini, ramai perwakilan yang inginkan yang terbaik untuk parti. Perwakilan bukan bodoh. Jangan kita terlalu awal membuat kesimpulan bahawa semua yang di dalam UMNO memilih pemimpin kerana wang. Sebaliknya ramai yang mahu pemimpin yang berkualiti; iaitu yang dapat berkhidmat bukan sahaja kepada parti tetapi kepada ahli dan masyarakat. Masih ramai perwakilan yang boleh berfikir dengan jelas dan tidak akan dikaburi dengan wang ringgit.

Demi masa depan parti, definisikan dengan jelas rasuah politik. Tingkatkan peranan Lembaga Disiplin. Ubah mekanisme pemilihan pemimpin parti. Tidak perlu SPRM dan media untuk membanteras gejala ini. Hentikan UMNO bashing!!!

Tuesday, January 13, 2009

Susah untuk mendapat maklumat calon?

Dalam dunia IT dan globalisasi hari ini rupanya masih susah untuk kita dapatkan maklumat mengenai seseorang calon. Mungkin calon-calon menganggap website, blog, facebook, you tube dan sebagainya tidak penting. Mungkin kerana kurang pengetahuan, mungkin juga kerana tidak tahu mengikut trend. Apapun ketidakpedulian dan ketiadaan kemahiran untuk menggunakan secara optimum teknologi maya bukan saja akan merugikan calon tersebut tapi UMNO juga. Kerana itulah UMNO ketinggalan dalam perang siber berbanding jentera pembangkang. Hasilnya dapat kita lihat dalam pilihan raya yang lepas.

Paling tidak calon yang peduli akan mempunyai ruangan facebook mereka sendiri. Barulah mereka boleh mendekati golongan muda yang lebih IT-savvy pada hari ini. MAHUKAH KITA MEMILIH CALON yang tidak mengikut trend ini? Tepuk dada tanya selera....

Sila lihat di ruangan BIODATA CALON EXCO PEMUDA UMNO di bawah untuk mengenali calon anda. Jika calon-calon ada website sendiri, dan kami terlepas pandang, silalah update kami dengan menggunakan kotak komen untuk post ini.

Tuesday, January 6, 2009

Exco Pemuda UMNO yang lalu - Di mana silapnya kita memilih?

Berikut adalah senarai Exco Pemuda UMNO sesi 2004-2009;

KETUA PEMUDA Datuk Hishammuddin Tun Hussein (menang tanpa bertanding)
NAIB KETUA Khairy Jamaluddin (menang tanpa bertanding)

EXCO
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir (694 undi)
2. Datuk Pirdaus Ismail (682 undi)
3. Reezal Merican Naina Merican (618 undi)
4. Datuk Subahan Kamal (591 undi) (P)
5. Mohd Hasnol Ayub (587 undi)
6. Datuk Azimi Daim (496 undi) (P)
7. Shamsul Najmi Shamsuddin (473 undi) (P)
8. Idris Haron (468 undi)
9. Shamsul Anuar Nasarah (461 undi)
10. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (443 undi)
11. Mohd Ikhsan Samsudin (437 undi)
12. Ahmad Ikmal Ismail (437 undi)
13. Kamarulzaman Kamdias (426 undi)
14. Azizul Nizam Bidin (407 undi)
15. Marzuki Yahya (394 undi)
16. Md Jais Sarday (391 undi)
17. Johan Abd Aziz (380 undi)
18. Harrison Hassan (379 undi)
19. Suhaimi Mohd Ghazali (350 undi)
20. Mohd Anis Hisham Abd Aziz (346 undi)

Dalam kalangan 20 orang di dalam senarai ini, siapakah yang saudara kenal sebagai pemimpin dan exco Pemuda yang functional? Dapatkan saudara merasakan peranan mereka baik dalam melaksanakan program di bawah biro masing-masing, menjadi penghubung kepada ahli-ahli di negeri-negeri, berperanan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil atau sekadar exco celupan yang hanya menunjuk muka semasa program, yang banyak cakap tapi tak bekerja, yang tak ada semangat Melayu dan UMNO, yang memang tidak aktif sepanjang 4 tahun ini? Adakah kita mahu membuat kesilapan yang sama? Jangan perjudikan nasib bangsa dengan memilih mereka yang gagal berfungsi, malas bekerja atau yang menjadi penyamun projek dan wang ringgit orang lain.

Sunday, January 4, 2009

Kuasa di tangan perwakilan....

Sekali lagi kita akan berhadapan dengan pemilihan parti. Walaupun kita tidak faham kenapa peralihan kuasa dan pemilihan parti perlu dilambatkan ke bulan Mac 2009, namun sebagai ahli parti yang taat, kita terpaksa akur dengan keputusan itu. Dari tinjauan-tinjauan yang dibuat, ada yang melihat, kepimpinan sekarang sengaja melambatkan pemilihan atas sebab-sebab berikut;

1. tiada keikhlasan Presiden Parti untuk menyerahkan kuasa sebaliknya ingin mengambil tempoh yang panjang ini untuk mengukuhkan kedudukan menantu, pegawai dan kroni politik beliau.

2. sengaja mencari masa agar kemarahan orang-orang UMNO terhadap Presiden Parti, menantu, pegawai dan kroni beliau semakin reda dan pada masa yang sama menunggu waktu populariti Mukhriz Mahathir menurun

3. menunggu kesilapan Najib

4. sengaja memberi masa kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka

Betul atau tidak cerita kedai kopi sebegini? Entahlah.... yang pasti hasrat Tun Dr Mahathir untuk melihat parti dibaiki dengan cepat tidak menjadi kenyataan.

Apapun kuasa di bulan Mac ini berada di tangan perwakilan. Kenalilah calon-calon anda. Kami harap blog ini dapat memberi maklumat tentang siapa mereka ini. Tuan-tuan dan sesiapa saja dijemput untuk memberi input tentang mereka. Selamat berdiskusi.